Indeks Keyakinan Perniagaan Australia Mencatat Bacaan Tertinggi Sejak 9 Bulan Lalu

284

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Australia (NAB), Australia mencatat keyakinan perniagaan dengan bacaan tertinggi 9 bulan lalu berikutan tinjaun ekonomi global yang semakin baik.

Indeks keyakinan perniagaan pada bulan Januari meningkat sebanyak 2 mata lalu menjadi 12 mata keseluruhannya. Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi sejak April tahun lalu.

Menurut NAB, bacaan ini memberi indikasi bahawa pelaburan semakin bertumbuh dengan baik dan menunjukkan keadaan ekonomi global semakin bertambah baik.

Alan Oster, ketua ekonomi NAB keuntungan syarikat perningaan semakin kukuh namun kondisi pekerjaan tidak berubah.

Tambah beliau, industri pembuatan beroperasi dengan baik dan mencatat pertumbuhan dalam dagangan, keuntungan dan pekerjaan.Walaubagaimanapun, sektor rekreasi dan perkhidmatan persendirian jatuh ke paras terendah dalam tempoh 3 tahun.

Indeks pekerjaan tidak berubah pada bulan Januari selepas beberapa bulan mencatat kejatuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat