India Bakal Terima Balasan Jika Hentikan Eksport Ubat Ke AS-Trump

977

Menurut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, India bakal berdepan tindakan tegas jika enggan mengeksport ubat anti malaria, hydroxychloroquine ke negara kuasa besar itu. Berdasarkan sebuah laporan, Donald Trump telah memohon bantuan daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk menjalankan penjualan ubat tersebut untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di negara tersebut. Selain itu, permintaan tersebut dilakukan selepas pemimpin negara India itu menyekat eksport ubat anti malaria.

Berdasarkan sebuah kenyataan, Trump berkata keputusan pemimpin negara India itu sangat mengejutkan serta ianya perlu diberitahu. Tambahnya lagi, beliau juga telah membuat panggilan telefon dengan Narendra pada Ahad lalu dan sangat berbesar hati jika permintaannya itu diterima baik oleh perdana menteri tersebut.

Jika tidak, Trump menegaskan bahawa negara itu bakal berdepan dengan pembalasan yang setimpal. Sementara itu, beliau mendedahkan bahawa aktiviti eksport tersebut boleh dijalankan kerana hubungan baik antara 2 buah negara, India dan Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan semua, hydroxychloroquine berfungsi bagi rawatan penyakit lupus dan arthritis serta penyakit lain. Kini, ia dianggap sebagai penyelesaian terapeutik yang berdaya maju untuk melawan COVID-19.

Hakikatnya, India memutuskan untuk melarang eksport hydroxychloroquine kerana ingin memastikan kecukupan stok bagi keperluan domestik dan negaranya.

Pada Isnin lalu, Pemangku Penolong Setiausaha Negara bagi Asia Selatan dan Tengah, Alice G Wells, menyatakan bahawa India sudah lama menjalinkan usahasama dengan Amerika Syarikat khususnya dalam sektor farmasutikal dan menjangkakan hubungan baik antara 2 buah negara tersebut akan berterusan.

Di samping itu, pentadbiran Trump juga didakwa telah mewujudkan stok simpanan strategik nasional sebanyak 29 juta dos ubat malaria serta menjangkakan bahawa hasil ujian terhadap lebih daripada 1,500 pesakit COVID-19 di New York adalah positif.

Berdasarkan kajian saintis terhadap hydroxychloroquine dan chloroquine bagi rawatan COVID-19, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) telah mengemukakan kebenaran bagi penggunaan kecemasan ubat-ubatan tersebut untuk keadaan tertentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat