Individu Terkaya China Bukan Lagi Jack Ma Tetapi…

1,725

Maaf peminat Jack Ma. Individu terkaya China bukan lagi idola anda tetapi Zhong Shanshan.

Siapakah beliau?

Shanshan merupakan pengasas air minuman botol jenama Nongfu Spring, satu produk minuman terkemuka di negara itu.

Tanpa disangka dengan nilai bersih cecah $58.7 bilion, beliau yang pada awalnya merupakan individu ketiga terkaya China berjaya mengatasi kedudukan Jack Ma yang memiliki $56.7 bilion.

Shanshan juga berjaya mengalahkan kedudukan pengasas Tencent, Pony Ma, membuktikan beliau cuma memerlukan beberapa minggu sahaja untuk menyaksikan lonjakan kekayaan tiga kali ganda berbanding $20 bilion pada Ogos.

Fenomena ini merupakan sesuatu yang baru bagi industri perniagaan kerana perniagaan Shanshan bukanlah berlatarbelakangkan sektor teknologi yang ketahui umum sektor tersebut lebih maju berbanding sektor lain.

Shanshan juga mengetuai penubuhan vaksin di Beijing Wantai Biological Pharmacy. Sejak syarikat itu menembusi pasaran Hong Kong, kekayaan beliau berlipat kali ganda.

Menariknya tentang keperibadian beliau, Shanshan tidak memiliki ramai kawan bisnes dan hanya fokus kepada perniagaanya sahaja sehingga mendapat gelaran, “lone wolf“.

Satu lagi rekod impresif Shanshan ialah beliau merupakan antara salah seorang individu yang memiliki dua perniagaan bernilai $10 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat