Indonesia, Rusia & Ukraine Terajui Penerimaan Kripto!

224

Peningkatan penerimaan mata wang kripto berlaku susulan semakin ramai yang dilihat sudah mula memahami aset digital tersebut walaupun pasaran kini berada dalam keadaan tidak menentu.

Buktinya, laporan menunjukkan trend telah memberikan kesan kepada blockchain pada suku terakhir manakala penerimaan kripto dipercepatkan agar mampu mempertingkatkan penggunaan serta kawal selia.

Diperjelaskan bahawa negara yang menggunakan kripto secara besar-besaran adalah Ukraine, Indonesia dan Rusia dengan kadar penggunaan meningkat sebanyak 143.17%, 115.59% dan 88.28%.

Sementara Ukraine melonjak 143.7% pada kedudukan kelima dan United Kingdom (UK) jatuh ke tempat keenam ekoran membuat penyusutan 6.40% pada bulan September, sementara Nigeria meningkat 12.52% menduduki tempat ketujuh dan seterusnya Filipina menurun 9.7%.

Manakala Amerika syarikat (AS) tetap mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran kripto terbesar dan India berjaya menewaskan Rusia melalui peningkatan 10.40%.

Namun begitu, Vietnam dilihat mengalami penurunan paling ketara apabila membuat penyusutan sebanyak 49.30%, bilamana Jerman merosot 3.38% berbanding Brazil meningkat 16.60%.

Dalam pada itu, penguasaan jantina dalam ruang blockchain masih sama ekoran lelaki meningkat 75% manakala wanita melonjak 6.16% pada bulan Julai sehingga September.

Secara konteks, pengawal selia di AS, UK dan EU memainkan peranan dominan dalam meningkatkan lagi penggunaan kripto dalam kalangan masyarakat melalui peraturan kripto baharu yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Pada sisi berbeza, pasaran Web3 kini dikenali ramai orang sejak awal tahun dengan peningkatan 36% terhadap kontrak pintar Web3.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat