Industri Runcit Malaysia Hadapi Kesukaran Akibat Kos Sara Hidup Meningkat – MRCA

329

Kumpulan Peruncitan Malaysia mengunjurkan kadar pertumbuhan tahunan dalam jualan runcit adalah sebanyak 4% untuk tahun ini iaitu naik 0.5% berbanding unjuran yang dibuat pada November tahun lepas.

Menurut laporan mereka, cabaran terbesar bagi industri runcit Malaysia ialah peningkatan kos sara hidup.

Sebagai perbandingan, industri runcit merekodkan kadar pertumbuhan 2.2% pada 2023 yang berada di bawah jangkaan pasaran kerana unjuran oleh Retail Group Malaysia pada November ialah 2.8%.

Katanya lagi, industri runcit menguncup pada suku terakhir 2023 sebanyak 0.2% dan harga runcit seperti makanan terus meningkat.

Perang Israel-Hamas yang bermula pada Oktober 2023 lepas telah membawa kepada pemboikotan banyak jenama barat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel dan sekutunya.

Boikot berpanjangan telah menjejaskan peniagaan jenama runcit tertentu. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia beralih untuk menyokong jenama tempatan dan serantau yang lain.

Jualan runcit pelbagai subsektor seperti gedung serbaneka, pasar raya besar, pasar raya, fesyen, perabot dan kedai runcit khusus lain juga menyaksikan pertumbuhan negatif antara 0.4 peratus hingga 4.4 peratus tahun lepas.

Mengenai unjuran untuk 2024, ia berkata cukai jualan sebanyak 10% yang dikenakan ke atas barang import bernilai atas RM500 yang dijual dalam talian dan menyebabkan harga runcit lebih tinggi bagi barangan tersebut.

Selain itu, kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus sejak Mac telah menyebabkan harga runcit barangan dan perkhidmatan lebih tinggi.

Ia juga berkata ringgit yang semakin lemah sejak tahun lepas memberi tekanan kepada syarikat yang menjual barangan runcit import atau mengimport bahan mentah serta barangan separuh siap.

Sektor runcit dijangka mencatat pertumbuhan 2.5 peratus menjelang suku ketiga 2024 dan berharap pertumbuhan 3.2 peratus bagi suku terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat