Inflasi AS Bikin Panas! Apakah The Fed Akan Bertukar Arah?

1,106

Kadar inflasi dilaporkan berkembang pada kadar terpantas dalam jangka masa hampir 40 tahun sepanjang bulan Disember berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.

Indeks harga pengguna (IHP) atau CPI yang digunakan untuk mengukur harga berdasarkan pelbagai jenis barangan meningkat 7% setahun dan bagi kiraan asas bulanan, CPI meningkat 0.5%. Bacaan ini selaras dengan jangkaan Ahli Ekonomi yang mensasarkan peningkatan 7% setahun. Namun begitu bagi asas bulanan, bacaan sebenar adalah jauh lebih tinggi dimana para pakar mensasarkan hanya peningkatan 0.4%.

Pergerakan tahunan inflasi ini adalah yang terpantas sejak Jun 1982. Tanpa mengambil kira harga makanan dan tenaga iaitu Inflasi teras, meningkat 5.5% dari tahun ke tahun dan 0.6% daripada bulan sebelumnya. Bacaan ini juga lebih dari anggaran para pakar sebanyak 0.1%. Untuk inflasi teras, ia merupakan pertumbuhan tahunan terbesar sejak Februari 1991.

Di sebalik peningkatan inflasi ini, harga kenderaan terpakai telah menjadi komponen utama yang mendorongnya berikutan kekangan rantaian bekalan yang menghadkan pengeluaran kenderaan baharu dengan meningkatan 3.5% lagi pada Disemeber. Hal ini menjadikan kenaikan dari setahun lalu kepada 37.3%.

The Fed terus memberikan tumpuan pada data inflasi dengan teliti dan menyatakan kesediaan untuk menaikkan kadar faedah tahun ini dalam usaha memerangi kenaikan harga. Walaupun bank pusat menggunakan indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi sebagai ukuran inflasi utamanya, pembuat dasar mengambil pelbagai maklumat dalam membuat keputusan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama langsung menyusut selepas dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat