Inflasi AS Dijangka Makin Panas, Patutlah Emas Naik!

1,856

Emas kembali meraih sokongan untuk meningkat menjelang penerbitan data inflasi Amerika Syarikat pada minggu ini yang dijangka menunjukkan peningkatan lebih tinggi.

Logam berharga itu mempamerkan peningkatan menjelang akhir dagangan minggu lalu, membawanya ditutup lebih tinggi pada sekitar harga $1,949 per auns.

Namun, keuntungannya pada sesi Asia hari ini sedikit terbatas disebabkan hasil bon AS 10 tahun yang terus mengganas mencatat kenaikan lebih tinggi berikutan jangkaan hawkish kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Penanda aras hasil bon 10 tahun meningkat ke paras ketinggian terbaharu 3 tahun, pada 2.73% seiring dengan pengukuhan US dolar di tahap tertinggi hampir 2 tahun.

Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan sedikit susut pada sekitar harga $1,943 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,943 per auns.

Pelabur emas kini memberi perhatian kepada penerbitan data inflasi AS pada minggu ini yang diramalkan mencapai paras tertinggi baharu 40 tahun yang melbihi 8% pada bulan Mac.

Pada minggu lalu, minit mesyuarat FOMC edisi Mac telah memperlihatkan bahawa kebanyakan penggubal dasar Fed bersedia untuk menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat akan datang dan mengurangkan kunci kira-kira sebanyak $95 bilion setiap bulan bermula Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat