Inflasi AS Meningkat Dengan Jualan Runcit Pada November Semakin Kukuh

407

Indeks harga pengguna (CPI) meningkat sejajar dengan jangkaan pasaran pada Disember dengan data teras (Core-CPI) melebihi jangkaan. Pergerakan inflasi ini dilihat menyokong kepada kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur pada 2018.

Harga pengguna (CPI, consumer price index) bagi Amerika Syarikat meningkat 0.1% pada Disember menepati jangkaan pasaran. Dari segi tahun ke tahun (YoY) bacaan meningkat dalam tempoh 12 bulan sehingga Disember kepada 2.1% turut menepati jangkaan, tetapi sedikit rendah berbanding bacaan sebelum ini 2.2%.

Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga barangan volatile (turun-naik) seperti makanan dan tenaga naik 0.3% melebihi jangkaan 0.2%, manakala bagi tahun ke tahun meningkat kepada 1.8% berbanding jangkaan 1.7%.

Kini kita dapat melihat pengukuhan US dolar selepas data ini dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi pada Jumaat.

Data Jualan Runcit

Jualan runcit Amerika Syarikat pada Disember meningkat dengan bacaan pada Disember merekodkan kenaikan 0.4% bulan lalu. Bacaan pada November dikaji semula daripada 0.8% kepada 0.9%.

Dari segi tahunan, jualan runcit meningkat 5.4%.

Kenaikan jualan runcti bulan lalu dan juga kejian semula terhadap bacaan November melonjakkan jangkaan terhadap perbelanjaan pengguna pada suku keempat. Perbelanjaan pengguna yang mewakili 32% daripada ekonomi Amerika Syarikat meningkat 2.2% secara tahunan pada suku ketiga.

Kesan Kepada US Dolar

Dengan kedua-dua data yang positif, US dolar mengukuh selepas data dikeluarkan, tetapi pengukuhan ini dijangka terhad dengan berbanding matawang-matawang seperti Euro, GBP dan Yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat