Inflasi Di China Meningkat Pada Oktober , CPI +1.9%

64

Harga pengguna China meningkat kepada 1.9% pada Oktober dari segi tahunan (y/y) melebihi jangkaan pasaran. Data ini dikeluarkan oleh Biro Statistik Kebangsaan (NBS) pada Khamis.

Indeks harga pengguna (CPI) dijangka naik 1.8% berbanding bacaan sebelum ini yang hanya naik 1.6% pada September.

CPI adalah petunjuk ekonomi inflasi yang penting. Ia mengira perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna.

Harga pengeluar (PPI) pula naik 6.9% dalam tempoh 12 bulan sehingga Oktober (y/y). Bacaan kali ini tidak berubah daripada sebelum ini, manakala jangkaan pasaran ia meningkat hanya 6.6%.

PPI adalah perubahan harga barangan yang dibeli dan dijual oleh pengeluar.

Ekonomi China merekodkan pertumbuhan lebih daripada jangkaan iaitu 6.9% dalam tempoh sembilan bulan tahun ini. Pertumbuhan memberangsangkan ini dipacu oleh pemulihan dalam sektor perindustrian dan pembuatan berikutan kenaikan perbelanjaan kerajaan.

Walaupun dengan pertumbuhan yang terus meningkat, sektor hartanah dan pembinaan yang juga komponen penting dalam ekonomi telah mulai perlahan. Hal ini berikutan daripada usaha kerajaan untuk memperlahankan kenaikan harga rumah dan juga kenaikan kos pinjaman (kadar faedah).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat