Inflasi Di Kanada Mula Perlahan! Adakah Ini Bakal Pengaruhi Tindakan BoC?

185

Jabatan Statistik Kanada melaporkan kadar inflasi tahunan perlahan kepada bacaan 3.8 peratus pada bulan September apabila harga mula perlahan jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Data terkini ini dikeluarkan selepas kadar tahunan yang meningkat sepanjang musim panas, sehingga mencapat empat peratus pada bulan Ogos.

Laporan tersebut menunjukkan pengguna membayar lebih sedikit untuk tambang kapal terbang berbanding dengan tahun sebelumnya, sementara harga barang-barang tahan lama juga turun.

Jabatan Statistik Kanada mengatakan harga barangan runcit terus meningkat pesat, namun kadar pertumbuhan jatuh kepada 5.8 peratus pada bulan September, turun daripada 6.9 peratus pada bulan Ogos.

Sementara itu, harga petrol yang lebih tinggi memberikan tekanan ke atas inflasi, kerana harga-harga lebih tinggi sebanyak 7.5 peratus berbanding dengan September 2022.

Data terkini ini dikeluarkan seminggu sebelum pengumuman kadar faedah Bank of Canada yang seterusnya dan anggaran terkini untuk inflasi.

US dolar menunjukkan pengukuhan sebanyak 0.51% berbanding mata wang Kanada selepas data CPI Kanada dan Jualan Runcit A.S dikeluarkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat