Inflasi Kanada Terus Mengganas Pada April, Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Trader’!

369

Kadar inflasi tahunan Kanada dilaporkan meningkat kembali pada bulan April mendahului jangkaan penganalisis. Lonjakan harga pada bulan April sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan harga makanan dan tempat tinggal berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada sebentar tadi.

Inflasi utama mencecah 6.8% pada bulan April mengatasi ramalan penganalisis yang mensasarkan kadar tahunan akan kekal pada 6.7%. Bacaan bulan April ini menghampiri bacaan tertinggi iaitu 6.9% sepertimana yang dicatat pada Januari 1991. Tuntasnya, bacaan inflasi bulan April ini turut membawa indikasi bahawa sudah 13 bulan berturut-turut berada di atas julat kawalan 1-3%.

Harga runcit meningkat 9.7% pada bulan April, peningkatan terbesar sejak September 1981, dengan pengguna membayar lebih untuk hampir semua barang di kedai runcit, lapor Statscan. Harga untuk makanan ruji berkanji seperti pasta dan roti antara komponen terbesar mendorong lonjakan harga.

Kata Statscan, ” Konflik Rusia-Ukraine pada akhir Februari telah memberi tekanan harga ke atas produk makanan yang menggunakan gandum,”. Dalam masa yang sama, “cuaca buruk di beberapa kawasan turut memberi kesan kepada harga makanan.”

Statscan memaklumkan bahawa pihak mereka akan mengubah cara pengiraan harga kereta terpakai bermula bulan hadapan. Perkara ini dijangka akan melonjakkan peratusan inflasi.

Harga tempat perlindungan pada April meningkat pada kadar terpantas sejak Jun 1983, apabila kos perumahan yang tinggi dan kenaikan sewa terus memacu keuntungan, dengan kos faedah gadai janji meningkat pada bulan itu buat kali pertama sejak April 2020.

Harga petrol turun sedikit pada bulan April dari Mac. Namun, pengguna membayar 36.3% lebih tinggi di stesen petrol pada bulan April berbanding setahun lalu.

Ukuran biasa CPI, yang dikatakan pengukur terbaik prestasi ekonomi oleh Bank Pusat Kanada meningkat kepada 3.2% daripada 3.0% yang disemak naik pada bulan Mac dan mendahului ramalan penganalisis sebanyak 2.9%. Pengurangan CPI ialah 5.1% dan median CPI ialah 4.4%.

Matawang Kanada susut sedikit berbanding US dolar dengan didagangkan pada 1.2807 kepada dolar AS, atau 78.08 sen A.S..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat