Inflasi Malaysia Kekal 1.5% Pada Januari 2024 – DoSM

164

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), Inflasi utama negara kekal pada 1.5% untuk Januari 2024 dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 131.4 mata berbanding 129.5 tahun sebelumnya.

Ketua DoSM, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata kenaikan inflasi didorong oleh kenaikan yang rendah dalam perkhidmatan restoran dan penginapan (3.2%), penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan (2.5%).

Selain itu, sektor kesihatan (2.4%), makanan minuman (2.0%) dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api (2.0%).

Ulasnya lagi, sektor pengangkutan pula meningkat agak perlahan iaitu sebanyak 0.7% berbanding Disember 2023 (0.3%).

DoSM berkata, inflasi bulanan terus menunjukkan peningkatan 0.2% dengan perumahan, air, elektrik, gas, bahan api, makanan minuman dan kesihatan mencatatkan kenaikan bulanan masing-masing sebanyak 0.2% hingga 0.4%.

Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan pada 1.8% berbanding 1.9% pada Disember 2023. Ia melepasi kadar inflasi nasional keseluruhan sebanyak 1.5% disebabkan oleh perkhidmatan restoran dan penginapan mencatatkan kenaikan sederhana dengan masing-masing 3.2% dan 2.9% pada Januari 2024.

Kadar inflasi kekal 1.5% Malaysia lebih rendah daripada Amerika Syarikat (3.1%), Filipina (2.8%), Korea Selatan (2.8%), zon Eropah (2.8%) dan Indonesia (2.6%).

Walau bagaimanapun, ia lebih tinggi berbanding Thailand (-1.1) dan China (-0.8).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat