Inflasi Membimbangkan! Billionaire Ini Pilih Labur Dalam Bitcoin!

1,467

Banyak pihak telah tampil memberi amaran jika ingin melabur dalam kripto kerana harganya yang sangat tidak stabil (volatile). Sifat kripto seperti ini memerlukan para pelabur lebih berhati-hati dan sebahagian lain memilih untuk tidak terjun dalam pasaran kripto.

Walaubagaimanapun jutawan Amerika Barry Sternlicht tetap memilih pelaburan Bitcoin dan kripto lain dengan dalam masa yang sama mengakui akan fakta tersebut. Barry Sternlicht, pengasas bersama dana pelaburan Starwood Capital Group berpendapat bahawa bitcoin adallah instrumen kewangan yang dapat mengatasi isu percetakan matawang secara pesat.

Tidak seperti wang fiat, aset kripto mempunyai had maksimum bekalan iaitu 21 juta. Barry Sternlicht memilih ini sebagai alternatif untuk mendepani inflasi.

Barry Sternlicht bukanlah satu-satu jutawan yang mengambil langkah yang sama. Beberapa nama terkenal merangkumi ahli politik sehingga para pelabur dan selebriti juga telah mula terjun dalam pasaran kripto. Salah satu nama yang paling terkenal dari industri kewangan tradisional yang memulakan idea membeli BTC untuk melindungi daripada kenaikan inflasi ialah Paul Tudor Jones III.

Selain itu, pelabur jutawan dan pemilik Dallas Mavericks, Mark Cuban dan Elon Musk telah mengumumkan pegangan kripto mereka dalam pasaran. Yang menjadi pegangan utama mereka adalah Bitcoin dan ETH.

Setakat September bagi kiraan tahunan, Inflasi CPI telah bertumbuh kepada 5.39% daripada 5.25% yang dikecapi pada bulan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat