Inflasi UK Boleh Jatuh Dengan Pantas Tahun Ini – BOE Bailey

65
  • Tekanan harga tenaga sudah mereda
  • Namun, kekurangan pekerja masih timbulkan risiko besar buat inflasi
  • BOE raih £3.8 bilion dari campur tangan kecemasan

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey berkata inflasi boleh turun dengan ketara pada tahun ini berikutan penyusutan harga tenaga global sejak akhir-akhir ini.

Kenyataan itu dibuat ketika Bailey memberi keterangan di hadapan jawatankuasa Perbendaharaan mengenai Laporan Kestabilan Kewangan pada Isnin.

Ujar beliau, lonjakan inflasi pada tahun lepas telah didorong oleh perang di Ukraine yang memacu harga tenaga meroket tinggi.

Namun, UK mungkin dapat melihat kejatuhan pantas dalam inflasi memandangkan harga tenaga tidak lagi meningkat, malah ia menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa kekurangan pekerja masih boleh menimbulkan risiko terbesar kepada inflasi untuk kekal tinggi lebih lama daripada dijangkakan.

Apabila ditanya mengenai kestabilan sistem kewangan UK, Bailey berkata risiko ke atas aset negara berikutan belanjawan minit Liz Truss pada September lalu, dilihat hampir hilang.

Pun begitu, keyakinan terhadap UK kekal rapuh di mana ia akan mengambil sedikit masa untuk meyakinkan orang ramai bahawa negara itu kembali normal, tambah Bailey.

Ketua bank pusat itu juga mengesahkan bahawa BOE meraih keuntungan kira-kira £3.8 bilion daripada menjual bon kerajaan yang dibeli dalam campur tangan kecemasan pasaran kewangan ketika krisis belanjawan mini Liz Truss meletus.

Komen beliau datang ketika BOE dijangka akan menaikkan kadar faedah buat kali ke-10 berturut-turut pada awal bulan depan.

Pelabur terlebih dahulu akan memberi tumpuan kepada keluaran data pekerjaan pada Selasa, dan inflasi UK pada Rabu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat