Inflasi UK Makin Dahsyat! Apa BOE Nak Buat Ni?

3,619

Bank Pusat England (BOE) mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk mula memperlahankan pengetatan dasar monetarinya selepas data inflasi UK yang diterbitkan melonjak ke paras tertinggi terbaharu 30 tahun pada bulan Februari.

Data yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS) menunjukkan kadar inflasi meningkat lebih tinggi pada bulan lalu dengan kenaikan sebanyak 6.2% daripada 5.5% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Bacaan ini juga melebihi jangkaan pasaran untuk menokok 6.0%, dengan bank pusat pula meramalkan peningkatan sehingga dua angka dalam inflasi pada tahun ini.

Inflasi UK, yang telah melonjak daripada hanya 0.4% setahun lalu, telah jauh meninggalkan sasaran bank pusat untuk kenaikan 2%. Indeks itu meningkat 0.8% pada bulan Februari sahaja, iaitu peningkatan terbesar sejak 2009.

BOE sebelum ini menyatakan kemungkinan bahawa mereka mungkin akan ‘berehat panjang’ daripada menaikkan kadar pada tahun 2023 dengan memberi isyarat kenaikan akan berlaku pada mesyuarat polisi bulan Mei.

Namun, dengan bacaan terbaharu data yang menunjukkan peningkatan inflasi masih berterusan, bank pusat mungkin berdepan kesukaran untuk membuat keputusan selanjutnya.

Menteri Kewangan Rishi Sunak akan membentangkan belanjawan tahunan pada hari ini, yang pastinya akan menjadi tumpuan pasaran untuk mengetahui mengenai perancangan kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang semakin tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat