Reaksi Pound Kejutkan Pelabur! Dah Kenapa Junam Macam Tu?

536

Mata wang pound mempamerkan pergerakan tidak menentu selepas pengumuman kadar faedah oleh Bank Pusat England (BOE) yang meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbaharunya.

BOE menepati ramalan pasaran dengan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas ke 0.75%. Ini merupakan kenaikan ketiga oleh bank pusat itu dalam memerangi lonjakan inflasi UK yang tinggi.

Bagaimanapun, reaksi awal pound menyaksikan mata wang itu menjunam drastik selepas pengumuman tersebut berikutan ada penggubal dasar yang menyokong untuk mengekalkan kadar faedah.

Tersasar dari jangkaan pelabur untuk keputusan sebulat suara, Timbalan Gabenor Jon Cunliffe memilih untuk mengekalkan kadar dengan memberi amaran tentang kesan besar terhadap permintaan daripada harga komoditi yang lebih tinggi.

Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa penggubal dasar BOE bersedia untuk memperlahankan pengetatan. Para penggubal dasar juga memberitahu mereka terus menjangkakan kenaikan pada bulan Mei sebelum ‘berehat panjang’ hingga ke tahun 2023.

Walaupun susut, mata wang pound kemudiannya kembali mencatat pemulihan selepas pelabur meneliti kenyataan BOE, dengan meningkat semula berbanding US dolar.

Sementara itu, raja mata wang sedikit meningkat pada sesi Asia selepas jatuh ke paras terendah satu minggu. Penyusutan US dolar telah memberi peluang kepada kebanyakan mata wang utama lain untuk meningkat.

Dolar Aussie dan New Zealand antara mata wang yang mempamerkan prestasi terbaiknya selain mendapat sokongan daripada data ekonomi Australia dan New Zealand yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat