Inflasi UK Melompat 2x Ganda, Ini Reaksi Matawang Pound!

223

Kadar inflasi UK meningkat dua kali ganda pada bulan April berikutan kenaikan kos tenaga dan pakaian telah mendorong peningkatan harga pengguna lebih tinggi.

Indeks harga pengguna (CPI) yang menjadi pengukur kepada inflasi, melonjak 1.5% pada bulan lalu dari 0.7% yang dicatatkan pada Mac. Ini adalah kenaikan paling pantas yang pernah dicatatkan sejak Mac 2020, iaitu ketika pandemik bermula.

Menurut Pejabat Statistik Negara (ONS) yang mengeluarkan laporan tersebut, kenaikan harga minyak adalah antara salah satu faktor utama yang mendorong peningkatan ini. Harga petrol kini berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2020.

Sementara itu, penganalisis menjangkakan inflasi akan terus meningkat seiring ketika lebih banyak langkah sekatan dan aktiviti ekonomi dibuka semula yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan perbelanjaan mereka.

Susulan kenaikan ini, pasaran kini tertanya-tanya sama ada Bank of England (BOE) akan terus mengambil langkah-langkah pengetatan seterusnya selepas mereka memperlahankan kadar pembelian bon pada mesyuarat polisi sebelum ini.

Ketika penulisan, matawang pound kekal diniagakan stabil di sekitar paras ketinggian hampir 3 bulan berbanding US dolar yang lemah.

Pound sterling terus meraih sokongan daripada prospek terhadap pemulihan yang kuat dalam ekonomi UK setelah lebih banyak sekatan coronavirus diangkat semula dan kemajuan vaksinasi yang memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat