Inflasi UK Terus Menggila, Capai 10.1% Tertinggi Sejak 1982

311

Mengejutkan! Angka inflasi UK terus melonjak tinggi pada bulan Julai dengan meningkat ke paras tertinggi baharu sejak Februari 1982.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) mendedahkan indeks harga pengguna (CPI) UK meningkat kepada 10.1% secara asas tahunan pada Julai, melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan 9.8%.

Angka yang dicatatkan juga meningkat daripada 9.4% yang direkodkan pada bulan Jun, menjadikannya kadar tertinggi baharu dalam 40 tahun.

Inflasi teras (tidak masuk harga tenaga dan makanan) pula dilaporkan bertambah kpada 6.2% tahun ke tahun daripada 5.8% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Penyumbang utama kepada kenaikan ini adalah didorong oleh peningkatan harga makanan, menunjukkan tekanan merebak melangkaui kos tenaga.

Bacaan data terbaharu ini meningkatkan lagi krisis kos sara hidup dialami rakyat UK yang telah pun terkesan dengan bil tenaga yang tinggi.

Pada mesyuarat polisi baru-baru ini, Bank of England (BOE) menjangkakan inflasi akan mencecah 13% pada bulan Oktober apabila had harga tenaga ditetapkan semula.

Gabenor Andrew Bailey juga memberi isyarat bahawa beliau bersedia untuk menaikkan lagi kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat