Inflasi UK VS Inflasi AS

626

Data indeks harga pengguna (CPI) di UK bakal dikeluarkan pada jam 5.30 sebentar nanti. Bacaan data ini adalah untuk mengukur kadar inflasi di UK di mana jangkaan inflasi untuk bulan Januari diramalkan menurun ke paras 1.9% berbanding paras sebelum ini pada 2.1%. Ini membuatkan dagangan Sterling masih berisiko di samping terdedah kepada risiko Brexit.

Namun dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD di mana GBP berjaya membuat lonjakan harga sejak semalam dari paras terendah semasa yang dicapai sekitar paras support 1.28400. Lonjakan harga tersebut sebenarnya adalah didorong oleh kelemahan pada nilai dagangan dolar USD berikutan perkembangan positif dalam rundingan dagang AS-China.

Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang memulakan dagangan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2877 hari ini telah meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance 1.2921 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Apa yang lebih menjadikan dagangan GBP/USD hari ini lebih menarik, pada sesi pasaran New York malam ini pula, pasaran akan menunggu data inflasi Amerika Syarikat pula pada jam 9.30 malam.

Adakah Sterling mampu melonjakkan semula nilai dagangannya ataupun dolar USD bakal menekan harga lebih rendah mencari paras terendah yang baru pada GBP/USD?

Lihat gambar di bawah untuk membantu anda dapatkan idea bagi menguruskan posisi dagangan GBP/USD anda. Sentiasa kawal risiko dagangan anda dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam pasaran.

 

 

Lihat juga paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support : 1.2845, 1.2800, 1.2768.
Paras resistance : 1.2921, 1.2953, 1.2998.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat