Ingatkan Dovish, Tapi Hawkish Lagi! Bitcoin Terciduk Lepas Kenyataan Pengerusi Fed!

269

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC awal pagi ini yang mengatakan bank pusat berkemungkinan akan meneruskan dasar monetari secara agresif telah membuatkan ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan pasaran saham mengalami kejatuhan drastik.

Difahamkan bahawa pasaran kripto seperti BTC dan Ethereum (ETH) membuat lonjakan harga semasa Fed mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas ekoran menjangkakan itu adalah kali terakhir Fed akan berbuat demikan, tetapi sebaliknya berlaku selepas Fed memberi isyarat yang bertentangan.

Hal ini berikutan kerana bank pusat akan bertindak meneruskan kenaikan kadar faedah sehingga inflasi menurun.

Tindakan berikut dibuat ekoran Fed yakin bahawa kenaikan kadar terkini bakal membantu menyekat inflasi pada masa hadapan serta mengembalikan inflasi kepada sasaran 2 peratus dari semasa ke semasa.

Malah disebut peristiwa perang Rusia-Ukraine terhadap ekonomi global akan mewujudkan kenaikan inflasi dan membebankan aktiviti ekonomi global.

Setakat penulisan ini, BTC telah menembusi zon $20,705 tetapi kini didagangkan pada paras harga $20,237, iaitu penyusutan 1% dalam tempoh 24 jam lalu.

Manakala, mata wang kripto kedua terbesar ETH turut menerima tempias sama dengan menurun sebanyak 2.5% pada hari lalu dan berlegar-legar pada zon $1,532.

Sementara itu, pasaran kripto buat masa ini sentiasa mengikuti gerak pasaran saham susulan para pelabur yang berurusan dalam ekuiti telah menjual asetnya yang dianggap berisiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat