Ingatkan Harga Minyak Naik, Tapi Turun Pula

191

Minyak mentah didagangkan sedikit lebih rendah pada Selasa setelah kehilangan hampir 2% ketika sesi sebelumnya yang dilemahkan oleh sentimen berisiko dalam pasaran.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit suram pada $95 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat berlegar sekitar harga $90 setong.

Walaupun begitu, kedua-dua penanda aras masih berada pada sekitar paras tertinggi satu bulan susulan lonjakan besar yang dicatatkan minggu lalu.

US dolar kembali meningkat menuju paras ketinggian 20 tahun susulan data pekerjaan NFP memberangsangkan menguatkan semula jangkaan kenaikan bersaiz besar dalam kadar faedah Federal Reserve (Fed).

Ini menyebabkan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi susulan langkah agresif yang diambil oleh Fed untuk membendung inflasi.

Bagaimanapun,pada masa yang sama harga  minyak mendapat sokongan daripada ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine yang boleh menyebabkan gangguan bekalan selanjutnya.

Minggu lalu, OPEC+ telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 2 juta tong sehari mulai November, yang akan menjadi pengurangan paling ketara sejak wabak Covid-19 menular.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat