Ingin Tahu Hala Tuju Emas Dalam Sesi Ini? Baca Perkembangan Terkini Ini!

48

Data serantau yang dilaporkan bercampur-campur telah melemahkan harga emas disamping beberapa risiko politik yang masih menjadi fokus.

Emas bagi penghantaran April menyusut sebanyak 0.04 peratus kepada $1,250.65 satu troy ounce di Comex. Copper pula menjunam sebanyak 0.30 peratus kepada $2,648 sepound apabila isu buruh di Chile dan Indonesia masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Di Australia, indeks pembuatan AIG bagi bulan Mac menyusut kepada 57.5 daripada 59.3. Juga di Australia, data kelulusan bangunan bagi suku pertama tahun ini melonjak sebanyak 8.3 peratus. Sebaliknya, data jualan runcit jatuh 0.1 peratus berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 0.3 peratus.

Pasaran juga akan menyaksikan pertemuan dua gergasi ekonomi dunia iaitu China dan Amerika Syarikat yang diwakili oleh Presiden masing-masing minggu ini.

Minggu lepas, harga emas kembali memuncak selepas pegawai Fed berpendapat bahawa Fed tidak akan tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar monetari pada tahun ini.

Logam kuning mengakhiri suku ini dengan keuntungan sebanyak hampir 8.5 peratus, didorong oleh kelemahan US Dollar disamping keraguan terhadap keupayaan pentadbiran Trump dalam merangsang ekonomi AS.

Minyak Mentah Global Meneruskan Terjunan Gara-Gara Masalah Yang Sama!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat