Ini 3 Petunjuk Dikongsikan ECB Dalam Mesyuarat Hari Ini!

298

Bank Pusat Eropah memutuskan pada hari Khamis untuk mengekalkan dasar polisi mereka sementara para pemain pasaran mencari lebih banyak petunjuk mengenai penutupan pakej rangsangan monetari.

Bank pusat mengatakan bulan lalu ia akan meningkatkan pembelian bon kerajaan – walaupun begitu ia masih dalam pelan yang dirancang sebanyak 1.85 trilion euro ($ 2,2 trilion) sehingga Mac 2022 bagi mengatasi kenaikan hasil bon di zon Eropah. Hasilnya, data dari Deutsche Bank menunjukkan ECB membeli bon bon bernilai 74 bilion euro pada bulan Mac, meningkat dari 53 bilion dan 60 bilion euro pada bulan Februari dan Januari.

Pada hari Khamis, ECB mengatakan bahawa Majlis Pimpinan menjangkakan pembelian di bawah PEPP pada suku tahun ini akan terus dilakukan pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelum ini.

Anggota ECB yang bernada hawkish berpendapat ketika kadar vaksinasi meningkat dan ekonomi dibuka kembali, ECB akan mula memulakan perbincangan mengenai waktu yang sesuai untuk mengurangkan rasangan. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan vaksinasi dan pandemik.

Dalam masa yang sama, ECB turut memberi isyarat bahawa ia juga bergantung kepada perkembangan keadaan pembiayaan. Mandat dasar ECB adalah untuk memastikan inflasi tetap dekat tetapi berada di bawah 2%. Ramalan semasa menganggarkan bahawa inflasi akan memuncak 2% pada suku terakhir 2021, tetapi akan menurun sepanjang tahun 2022.

ECB meramalkan pada bulan Mac kadar KDNK (keluaran dalam negara kasar) untuk 2021 sebanyak 4%, dan 4.1% untuk tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat