Ini 3 Sebab Utama Mengapa 2021 Bertuah Untuk Ethereum!

2,235

Ethereum (ETH) buka tirai minggu terakhir Januari dengan lonjakan harganya mencecah $1,454 pada awal pagi tadi, sekaligus melepasi all-time high (ATH) yang pernah direkod pada awal 2018, $1,448 dan ATH minggu lepas iaitu $1,439.

Untuk pengetahuan, pertumbuhan ETH sejak tahap terendah Mac 2020 setelah kemerosotan pasaran gara-gara COVID-19 mencapai 1,200% berbanding Bitcoin (BTC) hanya berkembang sekitar 700%.

Jika mahu dibandingkan harga semasa BTC dan ETH yang beza dengan masing-masing mencatat $32,000 dan $1,400, sudah tentu BTC masih juara kripto.

Tetapi, penganalisis tidak dapat menyangkal bahawa Ether akan terus berkembang, membawa keuntungan kepada pelabur sepanjang 2021 atas beberapa faktor ini:

PERMINTAAN TINGGI DALAM KALANGAN PEMBANGUN

Ethereum merupakan platform utama dalam pembangunan projek blockchain dan pelancaran aplikasi tidak berpusat. Walaupun jelas Ethereum didampingi beberapa pesaing hebat seperti Tron, Polkadot, Cardano, Cosmos dan Tezos, platform Vitalik Buterin tetap ‘mengetuai’ bidang ini.

PERTUMBUHAN PESAT KADAR TRANSAKSI

Rekod pada 2020 menunjukkan jumlah nilai transaksi di blockchain Ethereum mencecah lebih $1 trilion. Kadar tersebut melepasi rekod jumlah pembayaran di platform besar seperti PayPal yang memiliki lebih 350 juta pengguna dengan purata tidak melebihi $200 bilion bagi setiap suku tahun.

PERKEMBANGAN SEKTOR DEFI

Jumlah nilai terkunci dalam kewangan tidak berpusat (decentralized finance, DeFi) sejak awal 2020 telah meningkat hampir 3,300% dari nilai $687 juta kepada $32.2 bilion. Sudah semestinya Ethereum menjadi platform pilihan bagi penubuhan dan pelancaran kebanyakan projek baru DeFi dan stablecoins.

Mungkin 2020 berjaya mengalihkan perhatian pelabur besar kepada Bitcoin kerana sifatnya sebagai pelindung inflasi ketika penularan wabak COVID-19. Nampaknya 2021 mungkin berpihak kepada Etherum dengan kelebihan utamanya teknologi yang fleksibel dan komuniti yang semakin berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat