Ini 5 Altcoin Paling Diminati Whales Sekarang!

2,128

“Adakah anda semua pun macam whales minat altcoin ini juga?”

Tanpa disedari, whales didapati menunjukkan minat ketara terhadap beberapa altcoin apabila terdapat pemindahan besar-besaran yang berlaku sehingga menyebabkan para pelabur mata wang kripto ingin mengetahuinya.

Melalui indicator on-chain dipanggil Whale Transaction Count, pemindahan banyak oleh whales akan disaksikan apabila nilai metrik tinggi manakala penunjuk rendah menunjukkan whales mungkin tidak memberi perhatian pada kripto susulan mereka tidak buat banyak pergerakan dalam rangkaian.

Jadi di sini dapat dilihat terdapat lima altcoin yang melihat peningkatan dalam Whale Transaction Count, antaranya adalah Injective (INJ), Rocket Pool (RPL), PlayDapp (PLA), STP (STPT) dan Basic Attention Token (BAT).

Hal ini kerana whales pada masa ini sudah mula berminat untuk melakukan perdagangan terhadap beberapa altcoin sejurus selepas mendapat keyakinan daripada kenaikan drastik yang dibuat oleh Bitcoin (BTC).

Namun perlu diingatkan bahawa nilai yang tinggi bagi kiraan Whale Transaction Count adalah peramal turun naik untuk mana-mana aset digital lain.

Memang tidak dinafikan mana-mana urus niaga tunggal mungkin tidak cukup besar untuk menggerakkan pasaran kripto secara ketara dengan sendirinya, tetapi jika banyak pemindahan sedemikian berlaku serentak maka aset digital itu boleh bergerak volatile.

Bagaimanapun, sebarang turun naik yang boleh timbul daripada aktiviti perdagangan whales tinggi mampu menyebabkan harganya naik atau turun susulan indicator on-chain itu hanya ukur jumlah pemindahan besar berlaku pada rangkaian.

Oleh itu, satu-satunya perkara boleh dikatakan tentang altcoin yang mempunyai minat tinggi daripada pemegang besar ialah ia lebih cenderung untuk memaparkan sedikit turun naik yang arahnya masih tidak pasti lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat