“Wow nampak macam petanda positif untuk pasaran kripto lebih berkembang kan?”
PayPal yang berjaya melancarkan stablecoin sendiri dipanggil PayPal USD (PYUSD) berkemungkinan dapat merangsang pesaingnya dalam ruang kewangan dan pembayaran untuk meneroka lagi pasaran mata wang kripto.
Terdahulu pada Februari 2019, Wall Street JP Morgan telah melancarkan stablecoin digelar JPM Coin untuk menambah baik operasi pembayaran borong.
Sungguhpun terdapat ketidakpastian peraturan mengenai penggunaan kripto di Amerika Syarikat (AS), langkah itu dapat menjadi petanda positif untuk penerimaan aset digital. Berikut adalah lima pesaing PayPal yang mampu melancarkan kripto atau stablecoin tersendiri dalam masa terdekat ini:
Stripe
Stripe yang memeterai perjanjian bersama platform X dahulunya dikenali sebagai Twitter telah mengusahakan integrasi kripto, di mana ia diisytiharkan sebagai pemproses pembayaran rasmi X untuk pembayaran.
Amazon Pay
Amazon dilaporkan bereksperimen dengan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) berpangkalan di Eropah, oleh itu syarikat tersebut mungkin mempunyai rancangan jangka panjang untuk lancarkan pembayaran kripto.
Venmo
Venmo yang mengumumkan pada hari Isnin semalam akan menyediakan PYUSD dalam platformnya dijangka akan mengaplikasikan kripto pada perkhidmatan pembayaran mudah alihnya ditubuhkan pada tahun 2009.
Apple Pay
Platform pembayaran Apple Pay telah memperkenalkan beberapa ciri linkage kripto seperti “Tap-to-pay”, di mana pembuat iPhone mempunyai kelebihan untuk hasilkan hardware dan lancarkan kripto sendiri ataupun wallet hardware Apple.
Google Pay
Susulan Google Pay membenarkan pembelian kripto melalui platformnya, Google yang dapat kawal pembayaran aset digital pada aplikasi itu dapat beri peluang kepadanya untuk laksanakan stablecoin atau kripto tersendiri.