Ini 8 Gergasi Perbankan Yang Mula Terbuka Hati Dengan Dunia Kripto!

825

“Sebelum ni banyak bank benci kripto, tapi sekarang dah banyak pula yang minat.”

Banyak bank sebelum ini sentiasa memberi kritikan hebat terhadap Bitcoin (BTC), tetapi baru-baru ini mereka mula percaya blockchain, protokol yang urus dan mudahkan pertukaran mata wang kriptol itu dapat menawarkan faedah ke atas sistem pangkalan data tertutupnya.

Oleh demikian, ramai pemain kewangan yang besar sudah tampil ke hadapan bagi membincangkan eksperimen mengenai blockchain BTC, ledger decentralized dan lain-lain.

Berikut adalah lapan bank terbesar yang ​mula menjadi lebih umum dengan minat mereka terhadap BTC dan blockchain:

1. BNP Paribas

Selain berpandangan blockchain dapat meningkatkan perdagangan dunia, Bank Perancis BNP Paribas juga sedang mengkaji untuk penambahan BTC pada salah satu dana mata wangnya.

2. Société Générale (SocGen)

SocGen yang merupakan satu lagi bank Perancis telah menyiarkan penyenaraian kerja pada 2 Julai 2023 untuk pembangun IT, di mana peranan itu melibatkan penyelidikan dan pembangunan untuk kripto dan blockchain.

Sungguhpun iklan tersebut gagal untuk memperincikan secara spesifik, ia dipercayai sedang mencari bagi membangunkan software in-house.

3. Citi Bank

Citi telah memberitahu kerajaan United Kingdom (UK) untuk mempertimbangkan dalam mencipta mata wang digitalnya sendiri melalui Permintaan Kebebasan Maklumat (FOI).

Menurut Ken Moore, ketua Citi Innovation Labs berkata bahawa pasukannya kini bukan sahaja meneroka teknologi ledger yang diedarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini malah bina tiga blockchain termasuk kriptonya sendiri dipanggil CitiCoin.

4. UBS

Bank pelaburan Switzerland UBS berkata kerja yang dijalankan di makmal inovasi akan berusaha mengurangkan jurang antara perbankan dan FinTech untuk menentukan bagaimana perbankan tradisional boleh berkembang melalui inovasi.

Makmal inovasinya di Level39 akan menyediakan platform unik untuk menerokai teknologi baru muncul seperti blockchain dan kripto termasuk memahami potensi impak untuk industri, ulas Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Oliver Bussmann.

5. Barclays

Susulan perjanjiannya bersama Safello yang merupakan bursa BTC berpangkalan di Sweden, Bank Barclays menandatangani proof-of-concept (POC) untuk menyiasat bagaimana teknologi blockchain boleh mengukuhkan sektor perkhidmatan kewangan.

Terdahulu, bank itu pernah menerima tiga syarikat startups yang bekerja pada projek berkaitan blockchain untuk Accelerator mereka.

6. Goldman Sachs

Goldman Sachs pernah menerbitkan laporan tentang mata wang digital yang menonjolkan potensi teknologi blockchain dan menyatakan BTC dan kripto lain adalah sebahagian daripada “megatrend” yang boleh mengubah cara transaksi dijalankan.

7. Banco Santander

Banco Santander telah bereksperimen dengan teknologi blockchain dan gergasi perbankan Sepanyol itu sebelum ini pernah berkata teknologi blockchain boleh mengurangkan kos infrastruktur $15 hingga $20 bilion setahun menjelang 2022.

8. Standard Chartered

Anju Patwardhan, Ketua Pegawai Inovasi (CIO) Standard Chartered telah menggunakan Linkedln untuk berkongsi pendapatnya tentang blockchain BTC sambil menyatakan ia boleh bantu mengurangkan kos kredit, pemindahan wang dan pengiriman wang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat