Ini Adalah 7 Pemegang Bitcoin Terbanyak Di Dunia!

3,419

“Hmm macam sikit je, tapi korang pula bila nak tergolong dalam kumpulan ini?”

Pelaburan mata wang kripto semakin dikenali pada tahun 2020 sehingga 2021 apabila ramai pelabur menjadi kaya setelah melabur dalam Bitcoin (BTC) atau Ethereum (ETH), oleh itu senarai di bawah adalah tujuh pemegang BTC terbanyak di dunia.

Cameron dan Tyler Winklevoss

  • Saudara kembar tersebut yang melancarkan bursa kripto dipanggil Gemini dilaporkan mula mengumpul BTC pada tahun 2012.
  • Pada tahun 2013, kedua-dua individu itu telah memegang $11 juta dalam kripto melalui syarikat pelaburan mereka.
  • Mereka telah memegang BTC selama bertahun-tahun dan memperoleh keuntungan luar biasa pada tahun 2020, di mana pada masa ini kembar Winklevoss berjaya memegang BTC sebanyak $6 bilion.

Michael Saylor

  • Saylor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MicroStrategy yang mempunyai lebih 120,000 unit BTC telah bertindak pantas membeli sejumlah besar aset digital itu jika harganya menurun.
  • Beliau pada tahun 2021 telah mempunyai jumlah kekayaan sekitar $2.3 bilion sejurus selepas melabur dalam BTC sebelum harganya melonjak tinggi.

Changpeng Zhao (CZ)

  • CZ yang merupakan pengasas kepada bursa kripto Binance pada Julai 2017 didapati menguasai jumlah keseluruhan transaksi aset digital.

Satoshi Nakamoto

  • Selain didakwa mining lebih 1 juta BTC, pencipta BTC Satoshi Nakamoto pada tahun 2009 dilaporkan simpan kira-kira $30 bilion dalam aset digital tersebut.

Agensi Penguatkuasaan Undang-undang

  • Kebanyakan pemilik BTC adalah institusi undang-undang atau agensi kerajaan susulan Bulgaria berjaya memegang 213,500 BTC pada 2017 sebelum harga aset digital itu cecah $20,000 buat kali pertama.
  • Terdahulu, FBI juga memiliki 144,000 BTC tetapi malangnya mereka jual seluruh pegangannya semasa harga aset digital itu berada pada $334.

Barry Silbert

  • Digital Currency Group (DCG) diasaskan oleh Silbert bukan sahaja melabur dalam 200 syarikat startup kripto malah telah memperoleh CoinDesk dan Coinbase.
  • DCG telah menguruskan pelaburan yang memegang lebih daripada 650,000 BTC dan kini berjumlah $25 bilion.

Tim Draper

  • Draper ialah pelabur modal teroka Amerika Syarikat (AS) dan pengasas University Draper yang telah membuat pelaburan awal dalam Tesla, Skype dan Coinbase.
  • Namun, pelaburan awalnya dalam BTC yang menjadikannya jutawan susulan beliau pada 2014 telah membeli 30,000 BTC dengan harga $19 juta dan kini ia adalah bernilai lebih $1 bilion.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat