Ini Antara Faktor Yang Bakal Jahanamkan AUD, Trader Perlu Tahu!

1,238

Sokongan ke atas dolar Aussie untuk mengukuh terus dilihat apabila dagangan matawang itu menokok ke paras tertinggi 15 bulan berbanding US dolar di tengah-tengah ancaman Covid-19 dan ketegangan AS dan China yang semakin meningkat.

Victoria, negeri kedua yang mempunyai populasi terbesar di Australia, melaporkan sebanyak 532 kes baru dan 6 kematian dalam satu hari. Ini menjadikannya sebagai kenaikan tertinggi pernah direkodkan sejak 22 Julai di mana sebanyak 472 kes telah disahkan.

Dengan lonjakan ini, ia meningkatkan lagi kebarangkalian bahawa kerajaan Australia mungkin melanjutkan tempoh lockdown di negeri itu yang pada awalnya hanya 6 minggu. Sementara itu dalam perkembangan lain, peraturan memakai topeng muka telah diwajibkan pada Khamis minggu lalu.

Bagaimanapun, peningkatan ini dilihat tidak banyak mempengaruhi dolar Aussie kerana disokong oleh pemulihan dalam ekonomi China iaitu rakan dagang terbesarnya dan perkembangan positif terhadap vaksin coronavirus.

Namun begitu, antara yang menjadi kebimbangan utama pasaran buat masa ini adalah pandangan yang lebih dovish daripada Gabenor RBA, Philip Lowe dalam mesyuarat polisi pada 4 Ogos, dipengaruhi oleh data inflasi yang bakal diterbitkan minggu ini.

Data inflasi harga pengguna suku kedua Australia diramalkan turun 0.5% dari tahun ke tahun, jauh di bawah julat sasaran bank pusat di sekitar 2%-3%. Malah, menambah kebimbangan lagi adalah terdapat jangkaan bahawa lockdown di Melbourne akan membawa kepada kemerosotan sebanyak 0.75% dalam pertumbuhan KDNK negara itu pada suku ketiga tahun ini.

Ini pastinya akan membataskan pergerakan dolar Aussie untuk meningkat lebih tinggi berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat