Ini Berita Baik Dari Australia Dan New Zealand!

346

Permulaan negatif buat dagangan dolar Aussie dan kiwi bertukar positif selepas dolar greenback kembali memaparkan penyusutan.

Ini turut disokong oleh perkembangan baik antara Australia dan New Zealand yang membuka semula sempadan negara mereka untuk perjalanan bebas kedua-dua pihak selepas lebih satu tahun ia ditutup.

Australia dan New Zealand telah menutup sempadan mereka untuk bukan warganegara dan penduduk tetap pada tahun lalu bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang lebih luas.

Dengan pembatasan sempadan yang ketat, kedua-dua negara telah berjaya membendung penularan wabak dan mengekalkan kadar jangkitan di tahap yang rendah.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan PM New Zealand, Jacinda Arden dalam satu kenyataan bersama memberitahu bahawa, sempadan terbuka akan membantu mendorong pemulihan ekonomi bagi kedua-dua negara dan menyatukan ribuan keluarga dan rakan-rakan yang telah terpisah.

Menurut data rasmi, kira-kira 1.5 juta rakyat Australia yang mengunjungi New Zealand pada tahun 2019, iaitu tahun sebelum pandemik menutup sempadan antarabangsa, telah membelanjakan $1.93 bilion di negara ini.

Bagaimanapun, Morrison dan Arden juga memberi amaran kepada pelancong untuk bersedia jika berdepan gangguan pengaturan perjalanan dalam waktu singkat sekiranya terdapat kes Covid-19 dikesan, dan mengatakan risiko perjalanan tanpa kuarantin akan terus dipantau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat