Ini Berita Dinantikan Pelabur Emas Menjelang Keputusan Fed

883

Permulaan yang baik dipamerkan dagangan emas ketika pasaran menantikan pengumuman dasar oleh Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Setelah merosot di bawah paras harga $1,800 per auns, logam berharga emas kembali mencatatkan peningkatan pada $1,806 pada awal sesi Eropah selepas menyaksikan bacaan memberangsangkan dari data inflasi Australia pada suku kedua tahun ini.

Emas cenderung untuk meningkat sekiranya berlaku peningkatan inflasi, kerana ia dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi.

Antara yang menjadi tumpuan pasaran pada ketika ini adalah pertemuan dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) yang telah bermula pada hari Selasa dan berakhir pada awal pagi nanti.

Federal Reserve (Fed) dijangka akan terus membincangkan tentang pengurangan pembelian aset dan pelabur akan mencari petunjuk jelas mengenai bila para pembuat dasar akan mula melaksanakannya.

Namun, ketidakpastian yang disebabkan peningkatan kes Covid-19 susulan penularan varian Delta di seluruh dunia, mungkin akan memberi alasan yang baik kepada pegawai Fed untuk mempertimbangkan bagi memperlambatkan garis masa untuk mengurangkan pembelian aset.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat