2 Faktor Ini Menghalang Pergerakan AUD Untuk Lebih Agresif!

339

Sesi pasaran Asia hari ini telah dihiasi oleh penerbitan data inflasi Australia, yang menyaksikan harga pengguna meningkat pada kadar paling pantas dalam tempoh hampir 13 tahun pada suku kedua.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Biro Statistik Australia (ABS), indeks harga pengguna (CPI) utama meningkat 0.8% pada suku bulan Jun, sedikit lebih tinggi daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan 0.7%.

Sementara secara tahunan, inflasi meningkat kepada 3.8% pada suku kedua dari tahun sebelumnya, dan menepati jangkaan.

Menurut ketua Statistik Harga dalam satu kenyataan, pergerakan inflasi tahunan secara signifikan dipengaruhi oleh perubahan harga berkaitan Covid-19, yang mana ia mencerminkan beberapa kesan asas berikutan pengenalan penjagaan anak percuma oleh kerajaan dan penurunan harga bahan bakar pada suku kedua 2020.

Susulan itu, sejak berakhirnya program bantuan oleh kerajaan ini dan harga minyak mentah dunia kembali melonjak, ia telah mendorong lonjakan dalam harga pengguna.

Walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan data positif ini, namun, dolar Aussie gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat lebih tinggi disebabkan perkembangan mendukacitakan mengenai wabak coronavirus di Australia.

Langkah penutupan di Sydney terpaksa dilanjutkan selama empat minggu lagi berikutan penularan varian delta yang bertambah buruk menyebabkan kes jangkitan terus mencatatkan peningkatan.

Selain itu, dolar Aussie turut terkesan dengan kekacauan dalam pasaran saham China yang disebabkan oleh campur tangan kerajaan ke atas syarikat-syarikat teknologi di negara itu, menyebabkan saham terjejas teruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat