Ini Bukti Rakyat Malaysia Tidak Malas!

376

Sebanyak 82,555 permohonan perniagaan baharu diterima oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) antara 1 April dan 19 Julai.

Ujar Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, walaupun ekonomi berada tahap tidak baik,  masih ada individu yang cuba mencari sumber pendapatan lain dengan memulakan perniagaan.

Jelas Rosol, trend ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak malas untuk mencari alternatif bagi mencari rezeki.

Tambah Rosol, kebanyakan perniagaan baharu lebih menjurus kepada e-perdagangan dan perniagaan dalam talian sewaktu Covid-19.

Menurut Rosol lagi, 4,542 permohonan pemberhentian operasi syarikat diterima dalam tempoh yang sama.

Berdasarkan statistik yang diterima, sebanyak 278 perniagaan memberhentikan operasi pada April, diikuti 1,565 pada Mei, 1,595 pada Jun dan 1,107 pada bulan ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat