Ini Butiran Lanjut Mengenai Perjanjian Baru Brexit

523

Kerajaan United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) telah mengumumkan kesepakatan mereka dalam mencapai perjanjian Brexit. Perjanjian baru itu merangkumi peraturan tentang bagaimana Britain dan EU akan melakukan perdagangan serta berbagai pengaturan lain.

Bagaimanapun, terdapat beberapa dakwaan bahawa perjanjian yang diusulkan oleh PM UK Boris Johnson ini hampir sama dengan yang pernah dibincangkan bersama PM UK terdahulu Theresa May dengan tambahan lembaran baru ke atas protokol di Ireland dan beberapa perubahan dalam pengisytiharan politik.

UK akan tetap membayar 39 bilion pound kepada EU sebagai ‘wang perceraian’ dan ia masih menjamin hak-hak rakyat EU yang tinggal di UK dan tempoh peralihan juga akan tetap berlangsung sehingga Disember 2020 di mana hubungan dengan EU masih tetap sama.

Bagaimanapun, di sini terdapat beberapa perubahan besar dan yang paling penting ialah penggantian bagi backstop. Di bawah rancangan baru, Ireland Utara akan kekal secara sah di wilayah kastam UK tetapi praktikal dalam kesatuan kastam EU.

Oleh itu, tidak ada pemeriksaan kastam di sempadan tetapi tarif akan dibayar pada barang komersial tertentu. Duti kastam akan dibayar ke atas barang-barang yang diimport dari UK untuk kegunaan komersil melainkan jika ia dapat ditunjukkan bahawa barang itu tetap di Ireland Utara atau untuk kegunaan peribadi.

Pihak berkuasa UK akan melakukan kerja ini bagi pihak EU. Jika dapat dibuktikan bahawa barang-barang ini tetap di Ireland Utara, duti tersebut akan dibayar balik kepada pengimport.

Dewan Stormont (Ireland Utara) akan diberikan peranan persetujuan demokratik terhadap pengaturan Brexit akan datang sama ada untuk terus berada di bawah peraturan EU atau tidak.

Di bawah syarat-syarat yang dipersetujui, Dewan Ireland Utara akan mengundi dua bulan sebelum tempoh empat tahun berakhir iaitu Oktober 2024. Tempoh empat tahun tersebut akan bermula adalah pada akhir Disember 2020.

Sekiranya ia dipersetujui dengan majoriti mudah, peraturan perdagangan akan dikenakan untuk empat tahun lagi dan seterusnya, jika ia terus mendapat sokongan komuniti, ia akan dikekalkan untuk lapan tahun.

Bagaimanapun, sekiranya undian lanjutan tersebut gagal untuk memenangi majoriti mudah, peraturan perdagangan itu hanya akan digunakan selama dua tahun. Dalam tempoh itu, Jawatankuasa Bersama perlu membuat sistem baru untuk mengelakkan sempadan baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat