Ini Faktor EUR/USD Meningkat Semula Di Awal Minggu

276

US dolar gagal mengekalkan momentum pengukuhan pada penutup dagangan April apabila bergerak lemah pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) kembali susut ke paras 1.60% mendorong penurunan nilai US dolar sejak sesi Eropah semalam.

Manakala indeks-indeks utama pasaran saham AS kembali meningkat memberi gambaran pemulihan sentimen pasaran dan mengurangkan tarikan terhadap mata wang safe-haven seperti US dolar.

Sesi New York menambahkan lagi tekanan buat raja mata wang itu apabila data tinjauan aktiviti pembuatan di AS catatkan pertumbuhan lebih perlahan untuk April pada bacaan yang diterbitkan.

Sementara aktiviti perkilangan di zon Eropah pula meningkat ke paras tertinggi untuk bulan April, menyokong pengukuhan bagi mata wang Euro.

Turut terdapat laporan bahawa European Central Bank (ECB) berkemungkinan menghentikan langkah rangsangan kecemasan apabila kadar vaksinasi mencapai tahap maksimum serta ekonomi kembali meningkat dengan pantas.

Faktor-faktor ini telah mendorong corak kenaikan harga terbentuk pada carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu.

Harga meningkat dari paras 1.20150 yang merupakan paras terendah dicecah ketika penurunan Jumaat lalu, dan melonjak semula ke zon SBR (support become resistance) 1.20600.

Namun, harga masih gagal menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih belum memberi isyarat yang lebih kukuh untuk harga meneruskan kenaikan.

Bersambung pada sesi Asia pagi Selasa, harga bergerak perlahan dan menurun dari halangan MA50 keluar semula dari zon SBR 1.20600.

Penurunan harga yang berlaku dijangka akan menguji paras sokongan pada 1.20000 sebelum penurunan lebih rendah boleh menuju sehingga ke zon support pada 1.19000.

Sebaliknya, jika situasi penyusutan US dolar berterusan, harga bakal meningkat lebih tinggi dan melepasi zon SBR 1.20600-1.20900.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi harga akan menuju kembali ke zon resistance pada 1.21500 yang disentuh pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat