Ini ‘Hint’ Dan Ulasan ECB Mengenai Pembelian Bon Perlu Diketahui ‘Trader’!

476

Bank Pusat Eropah (ECB) mengambil keputusan untuk mengekalkan dasar monetari dan dalam masa yang sama memilih untuk memperlahankan kadar pembelian aset bersih di bawah program pembelian kecemasan pandemik. (PEPP).

Majlis pimpinan memilih untuk mengekalkan kadar faedah pada kadar 0.0%, kemudahan pinjaman marginal pada 0.25% dan kadar deposit pada -0.5%.

ECB berpendapat bahawa keputusan ini diambil berdasarkan penilaian bersama terhadap keadaan pembiayaan dan prospek inflasi. Secara kesimpulannya, keadaan pembiayaan yang baik dapat dikekalkan dengan kadar pembelian aset di bawah PEPP yang lebih rendah.

Matawang Euro mengukuh 0.02% berbanding US dolar susulan keputusan untuk diperdagangkan pada sekitar $ 1.1837, sementara saham Eropah mengatasi kerugian sebelumnya.

ECB menekankan bahawa kadar faedah akan tetap berada pada tahap sekarang atau lebih rendah sehingga inflasi dilihat mencapai 2% dan stabil dalam jangka masa sederhana.

Inflasi zon Eropah mencatat tahap tertinggi dalam satu dekad pada 3% pada bulan Ogos dan KDNK Eropah meningkat 2% pada suku kedua, melebihi jangkaan ahli ekonomi.

Para penggubal polisi berbeza pandangan mengenai impak inflasi yang berterusan. Atas dasar itu beberapa penganalisis berpendapat bahawa terdapat kebarangkalian ECB akan mengurangkan pakej rangsangan pada bulan Disember.

Program pembelian aset (APP) akan diteruskan pada kadar bulanan 20 bilion euro menurut Majlis Pimpinan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat