Ini Isu Yang Tidak Akan Dikompromi Oleh UK Dalam Rundingan Dengan AS!

225

Kerajaan UK telah menegaskan bahawa pihak mereka tidak akan bertolak ansur dengan menurutkan piawaian kebajikan atau menjadikan NHS (perkhidmatan kesihatan negara) sebagai butiran penting dalam rundingan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan dengan Donald Trump.

Dalam dokumen yang diterbitkan oleh Jabatan Liz Truss untuk Perdagangan Antarabangsa, kerajaan UK menyatakan bahawa rundingan UK-AS adalah bertujuan untuk mengurangkan tarif dan halangan perdagangan lain dengan syarat tidak menjejaskan piawaian yang ditetapkan.

Secara keseluruhannya, kerajaan UK menyatakan bahawa ia berusaha untuk mencapai “liberalisasi tarif yang meluas” dan “peraturan yang mudah dan moden”, dalam menentukan pergerakan barangan diantara dua pasaran.

Berdasarkan dokumen, tertera bahawa manifesto kerajaan secara jelas menyatakan bahawa dalam semua rundingan perdagangan, mereka tidak akan berkompromi dalam perlindungan alam sekitar, kebajikan haiwan dan piawaian makanan. Ia juga menegaskan bahawa harga ubat-ubatan NHS tidak akan dibuat rundingan.

Mandat perundingan AS, yang diterbitkan pada tahun lepas, menyatakan bahawa perkhidmatan awam sebagai salah satu bidang yang memiliki potensi untuk liberalisasi.

Kerajaan UK menegaskan potensi kelebihan kesepakatan jika dapat dicapai ialah berpotensi dalam peningkatan eksport salmon, keju cheddar dan kereta. Di samping itu ia dapat menghapuskan halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat dan dapat membawa kepada keuntungan yang lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat