Ini Jadi Pada Saham AS Menjelang Hujung Minggu!

301

Data ekonomi yang kukuh memberikan sokongan material kepada pasaran saham Amerika Syarikat pada permulaan sesi dagangan New York.

Laporan tuntutan pengangguran AS menunjukkan sedikit penurunan pada minggu lalu, menandakan pengukuhan dalam pasaran buruh yang berterusan di ekonomi gergasi itu.

Walau bagaimanapun, pelabur dilihat masih bimbang tentang potensi krisis dalam sektor bank serantau.

Comerica, First Republic Bank dan Zions Bancorporation adalah yang paling rugi dalam S&P 500 pada sesi New York, diikuti oleh saham tenaga yang semakin melemah.

Ini menjadi jawapan kepada penyusutan semula dalam indeks utama, yang menyaksikannya ditutup dengan kenaikan sederhana pada akhir dagangan.

Ekoran itu, 3 indeks utama AS, Dow Jones Industrial naik 0.23% kepada 32,105.26, manakala S&P menokok 0.3% pada 3,948.71 dan Nasdaq lonjak 1.29% pada 12,729.23.

Indeks US30 pula sedikit berubah pada 32,126 ketika sesi Asia.

Daripada 11 sektor utama S&P 500, hanya perkhidmatan komunikasi dan teknologi mengakhiri sesi lebih tinggi. Netflix melonjak 8% disokong oleh kemungkinan larangan ke atas Tiktok.

Selain itu, pembuat cip Nvidia Corp meningkat 2.7% selepas Needham menaikkan sasaran harganya, manakala Accenture melonjak 7.3% selepas ia mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kira-kira 2.5% daripada tenaga kerjanya.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat