Ini Jadi Pada USD/CAD Menjelang Mesyuarat Polisi BOC!

293

Mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) menjadi tumpuan pelabur hari ini dengan jangkaan secara meluas bahawa para penggubal dasar akan memutuskan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Tindakan tersebut akan menjadi peningkatan pertama dalam kadar faedah sejak 2018, sekali gus membuka pintu kepada ‘kitaran’ pengetatan oleh bank pusat dalam memerangi inflasi.

Serangan Rusia ke atas Ukraine dilihat tidak akan menjadi masalah buat BOC berikutan lonjakan harga komoditi yang berterusan boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Kanada dan global secara meluas.

BOC, yang telah mempertahankan penan aras kadar faedahnya di tahap terendah 0.25% sejak Mac, telah mula meletakkan asasnya dalam penetapan dasar monetari.

Menyingkap kembali ucapan Gabenor Tiff Macklem pada mesyuarat polisi Januari lalu, beliau memberi amaran bahawa kos pinjaman yang lebih tinggi akan berlaku dalam ekonomi pada kapasiti penuh dan tidak lagi memerlukan rangsangan besar.

Bank pusat juga telah berusaha untuk meyakinkan rakyat Kanada bahawa walaupun prospek inflasi yang agak optimis, para penggubal dasar bersedia untuk menyesuaikan dengan cepat sekiranya tekanan harga terbukti lebih teruk daripada dijangkakan.

Pada sesi Eropah, dolar loonie didagangkan 0.2% lebih tinggi berbanding USD dengan sokongan daripada harga minyak mentah yang melonjak ke paras ketinggian tahunan terbaru.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat