Ini Jangkaan BoE Broadbent Terhadap Prestasi Ekonomi UK Selepas Perintah Berkurung Diangkat!

330

Wakil Gabenor Bank of England Ben Broadbent pada hari Isnin mengeluarkan pandangan bahawa ekonomi UK berkemungkinan akan mencatat pemulihan yang perlahan setelah pemerintah UK mula melonggarkan perintah berkurung yang dikenakan sebagai langkah menghambat penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau, pada ketika ini persoalan yang harus difikirkan ialah bagaimana reaksi orang ramai selepas pelonggaran atau pencabutan perintah berkurung dan dalam masa yang sama beliau menekankan bahawa beberapa sektor berkemungkinan akan tetap lemah.

Broadbent mengatakan ekonomi UK berkemungkinan akan mencatat penguncupan sebanyak 35% pada suku kedua. Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa ramalan Broadbent tidaklah keterlaluan, ia berkemungkinan akan berlaku dan dalam masa pemulihan yang pantas seperti dinyatakan oleh Broadbent juga berkemungkinan jika pengguna dan perniagaan tidak mengambil sikap yang terlalu berhati-hati.

Setakat ini telah banyak sektor antaranya seperti pembinaan telah menghentikan aktiviti walaupun tidak ada keperluan daripada kerajaan UK. BoE telah mengambil langkah proaktif bagi menjana ekonomi UK dengan mengurangkan kadar faedah ke tahap terendah sepanjang masa iaitu sebanyak 0.1% dan meningkatkan pembelian bon BoE sebanyak 200 bilion pound ($ 250 bilion).

Ketua Ekonomi BoE Andy Haldane antara pihak yang menyokong idea penawaran 100% jaminan kerajaan kepada pinjaman kecil berbanding kadar 80% yang diutarakan sebelum ini. Tambah Haldane, berdasarkan skim semasa, bank tidak dapat menyalurkan wang kepada perniagaan dengan pantas.

Broadbent menjangkakan inflasi Britain akan turun mendadak, berikutan ditekan oleh kejatuhan harga minyak global, dan indeks harga pengguna merosot di bawah 1% dalam beberapa bulan mendatang iaitu kurang dari setengah sasaran BoE pada 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat