Ini Jangkaan Pasaran Untuk Data NFP AS!

845

Pasaran buruh Amerika Syarikat diramalkan kekal kukuh pada bulan Januari, walaupun pertambahan pekerjaan dijangka terus perlahan daripada sebelumnya.

Data Non-farm Payroll (NFP) AS yang diterbitkan setiap Jumaat minggu pertama pada awal bulan dipantau rapi oleh pelabur untuk menilai tahap kesihatan ekonomi.

Ekonomi gergasi itu dijangka akan menambah sebanyak 193,000 pekerjaan pada bulan Januari, turun dari 223,000 pekerjaan yang dicatatkan sebelumnya.

Sementara itu, kadar pengangguran pula diramalkan meningkat kepada 3.6% daripada 3.5% bulan Disember.

Namun begitu, pelabur akan memberi lebih tumpuan kepada inflasi gaji yang diunjurkan lebih perlahan, sekali gus memberi keselesaan buat Federal Reserve (Fed) dalam menentang inflasi.

Purata pendapatan setiap jam diramalkan meningkat 0.3% selepas kenaikan yang sama pada bulan Disember, di mana ia akan menurunkan kenaikan gaji tahun ke tahun kepada 4.3% daripada 4.6% pada bulan Disember.

Pertumbuhan dalam inflasi gaji akan turut mempengaruhi keputusan bank pusat tentang sejauh mana Fed bakal meneruskan pengetatan dalam dasar monetarinya.

Fed telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada julat 4.50%-4.75% pada Khamis (waktu Malaysia), dan memberi indikasi untuk peningkatan berterusan dalam kos pinjaman walaupun pada kadar lebih perlahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat