Ini ‘Janji’ Biden Terhadap Rusia Kerana Serang Ukraine

2,526

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam ucapannya pada Rabu telah berjanji bahawa Rusia akan menerima pembalasan yang berterusan dalam jangka panjang walaupun menang dalam perang dengan Ukraine.

Bercakap di hadapan Kongres pada hari keenam serangan Kremlin ke atas Ukraine, Biden mengumumkan langkah baharu yang melarang penerbangan Rusia daripada menggunakan ruang udara Amerika.

Selain itu, beliau juga berjanji akan melaksanakan tindak balas ekonomi selanjutnya terhadap Rusia, sambil menyebut tentang Presiden Vladimir Putin, “Dia tidak tahu apa yang akan datang”.

Rusia kini terus mara untuk mendapatkan ibu negara Kiev, ketika ia terus melancarkan serangan di Kharkiv dan turut dilaporkan menguasai bandar Kherson.

Dalam pada itu, Biden juga memberi isyarat mengenai langkah mengekang tentera Putin pada masa hadapan, di mana Amerika mungkin akan menyekat akses Rusia kepada teknologi yang dapat melemahkan ekonomi dan tenteranya pada tahun-tahun mendatang.

Biden yang sebelum itu telah bercakap dengan Presiden Ukraine, Vlodymyr Zelensky, telah menolak penyertaan tentera AS secara langsung di negara itu.

Bagaimanapun, Amerika telah berkongsi maklumat risikan mengenai operasi Rusia dan mengetuai dunia dalam mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia yang menyebabkan mata wang itu jatuh ke paras terendah sepanjang masa.

Reaksi pasaran susulan kenyataan tersebut hanya menunjukkan kebanyakan mata wang utama tidak berubah dengan US dolar terus didagangkan lebih kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat