Ini Jawapan Kenapa KYC Sangat Penting Dalam Kripto

913

KYC adalah singkatan kepada “know your customer” atau “know your client” yang merupakan suatu proses yang menjadi kewajipan sesebuah agensi atau institusi untuk menjalankan pemeriksaan identiti dan latar belakang pelanggannya sebelum membenarkan mereka menggunakan perkhidmatan platform atau produk tersebut.

Ia adalah sebahagian langkah yang digunakan oleh pengawal selia untuk mencegah aktiviti haram seperti kaedah yang sering diguna pakai oleh institusi kewangan dan bank-bank.

KYC dapat berfungsi bersama pasaran kripto melalui pengesahan identiti pelanggan oleh platform pertukaran kripto yang bertujuan untuk mengelak daripada aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas dan pengelakan cukai.

Selain itu, kebanyakan platform pertukaran kripto tidak membenarkan pelanggannya membuat pembelian mata wang kripto atau pengeluaran dana sehingga identiti mereka disahkan. Setiap platform akan mengendalikan KYC dengan cara berbeza.

Oleh itu, menjadi kebiasaan semasa proses KYC untuk pelanggan diwajibkan memuat naik dokumen pengesahan diri seperti kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti atau penyata kewangan. Malah ada juga platform yang memerlukan pelanggan memuat naik gambar swafoto (selfie) serta beberapa maklumat tambahan untuk proses pengesahan identiti yang lebih kukuh.

Selepas identiti berjaya disahkan, barulah pelanggan boleh menikmati akses kepada perkhidmatan dalam platform tersebut.

Financial Action Task Force (FATF) juga mencadangkan platform pertukaran kripto untuk menggunakan pendekatan berasaskan tahap risiko terhadap pematuhan KYC kripto.

Maksudnya, pelanggan yang berisiko rendah akan menghadapi proses yang lebih mudah, manakala pelanggan yang lebih berisiko tinggi memerlukan proses pematuhan KYC kripto yang lebih intensif.

Rentetan perkara ini, pelaksanaan proses KYC dapat memberi pemahaman yang betul kepada firma pertukaran kripto tentang pelanggan serta urusan kewangan mereka.

Selain itu juga, platform pertukaran kripto turut dapat memantau aktiviti pelanggan dengan mudah dan mengelakkan sebarang risiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat