Ini Kesan Terhadap Dolar Aussie, Kiwi Susulan Keputusan Kadar Faedah PBOC

338

The People’s Bank of China (PBOC) hari ini, mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti dijangkakan, mencerminkan keputusan bank pusat minggu lalu yang mengekalkan kos pinjaman pembiayaan jangka sederhana untuk institusi kewangan tidak berubah.

Kadar utama pinjaman negara (LPR) 1 tahun kekal pada 3.85% daripada yang ditetapkan pada bulan lalu, sementara LPR untuk 5 tahun pula tidak berubah pada 4.65%.

Pasaran biasanya mengambil pendekatan PBOC terhadap kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF), yang berfungsi sebagai petunjuk untuk sebarang penyesuaian ke atas penanda aras LPR.

PBOC mengejutkan pasaran pada Jumaat lalu, apabila ia mengekalkan kadar faedah ke atas pinjaman MLF, walaupun pihak berkuasa telah meningkatkan pelonggaran monetari baru-baru ini untuk menangani impak coronavirus kepada ekonomi.

Susulan itu, dolar Aussie terus mencatat peningkatan berbanding US dolar sebelum susut sedikit setelah Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan anggaran awal jualan runcit telah mengalami kemerosotan ketara sebanyak 17.9% pada bulan April.

Minit mesyuarat yang diterbitkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada Selasa bagi mesyuarat polisi pada awal Mei lalu, menunjukkan bank pusat memutuskan untuk mengurangkan pembelian bon kerajaan.

Sementara itu, kenyataan Gabenor Reseve Bank of New Zealand (RBNZ) Adrian Orr bahawa beliau tidak mahu menggunakan kadar faedah negatif buat masa ini, telah mengangkat dolar kiwi untuk menokok lebih tinggi berbanding USD.

Peningkatan dolar Aussie dan kiwi sebelum ini telah didorong oleh laporan mengenai ujian vaksin COVID-19 oleh sebuah firma bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna yang menunjukkan hasil positif.

Bagaimanapun, ketidakpastian yang timbul susulan hasil ujian oleh Moderna yang tidak menunjukkan data saintifik yang mencukupi, sedikit mempengaruhi pergerakan kedua-dua matawang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat