Ini Kisah Seorang Jutawan Bitcoin Yang Disumbat Ke Penjara!

638

“Perjalanan hidup yang sangat sukar, tapi apakah kesudahannya?

Selepas menjalankan perniagaan dalam talian kecil, Charlie Shrem yang mereka muka depan majalah Forbes telah berjaya menjadi jutawan mata wang kripto Bitcoin (BTC) tetapi kemudiannya disumbat ke dalam penjara.

Shrem telah menceritakan kisahnya bagaimana beliau mengasaskan BitInstant dan mengembangkannnya menjadi empayar BTC berjuta-juta dolar kemudian ditangkap susulan peranannya di dalam firma itu.

Perniagaan pertama Shrem yang merupakan tapak e-dagang hanya mengenakan bayaran $5 untuk setiap item seperti lampu, berus gigi dan lain-lain di mana idea itu adalah milik sepupunya, bagaimanapun beliau menggunakan kemahiran pengekodannya bagi mencipta tapak sebenar.

Pada masa lapang pula, Shrem akan melepak di boards mesej dalam talian untuk mengetahui tentang BTC dan pada masa itu, satu-satunya cara bagi membeli BTC adalah melalui pemindahan sejumlah besar dana ke Mt.Gox kemudian deposit memakan masa seminggu.

Berbalik pada penubuhan BitInstant, Shrem yang bertemu seseorang dalam salah satu forum bernama “Gareth” telah memulakan perniagaan itu bersama-sama yang membenarkan ramai orang membeli atau menjual BTC serta-merta.

Bagi membolehkan pembelian segera, BitInstant telah mendepositkan wang ke Mt.Gox dan membeli BTC dengannya kemudian menjual aset digital tersebut dalam jumlah lebih kecil kepada pelbagai pelanggannya.

Namun, Shrem dan pasangannya menghadapi masalah apabila jumlah urus niaganya meningkat sehingga mereka memerlukan lebih banyak wang tunai untuk mendepositkan ke Mt.Gox, tetapi malangnya modalnya pula habis dengan pantas.

Oleh demikian, kedua-dua usahawan itu yang bertemu Roger Ver yang telah membantu mereka melalui suntikan modal $100,000 kemudian Ver mencadangkan pasukannya untuk mengupah Erik Voorhees.

Voorhees dan Shrem pula terserempak David Azar yang telah melabur sejumlah besar wang dalam firma itu dan semasa bulan madunya, Azar bertemu Cameron dan Tyler Winklevoss untuk meyakinkan mereka untuk melabur dalam BitInstant.

BitInstant berkembang begitu pantas, tetapi Shrem yang jatuh cinta dengan orang bukan Yahudi telah bergelut dalam hubungan beliau dan akhirnya memutuskan untuk meninggalkan komuniti Yahudi susulan sangat kecewa dengan keluarganya.

Bagaimanapun semasa cuba turun dari pesawat di New York, Shrem telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram susulan beberapa pelanggan BitInstant dituduh menggunakan BTC dibelinya untuk tujuan haram termasuk transaksi jenayah di pasaran web gelap Silk Road.

Apabila dibebaskan dengan ikat jamin, Shrem diletakkan di bawah tahanan rumah dan dipaksa tinggal bersama ibu bapanya kemudian pada tahun 2017, beliau yang menyertai Jaxx dan berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi yang telah mengasaskan CryptoIQ.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat