Ini Komentar Steven Mnuchin Terhadap Perkembangan Hubungan Perdagangan AS-China

382

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin bahawa beliau tidak melihat tanda-tanda ancaman kegawatan ekonomi kerana pentadbiran Trump sedang berusaha untuk memulihkan rundingan perdagangan dengan China.
Dalam masa yang sama beliau juga mengatakan bahawa beliau menjangkakan tahun yang postif untuk ekonomi Amerika Syarikat pada tahun akan datang.

Mnuchin mengatakan bahawa ahli-ahli pentadbiran AS sedang mensasarkan untuk “mendapatkan perjanjian yang baik” dengan rundingan bersama Beijing. Walaubagaimanapun, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa beliau akan meneruskan dengan pengenaan tarif ke atas barangan China jika tiada perjanjian. – Mnuchin

Pada minggu lalu, menteri perdagangan China – Liu He yang merupakan perunding utama China dalam hubungan perdagangan telah berbincang dengan wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dan Menteri Kewangan Steven Mnuchin.

Menurut Menteri Perdagangan China, kedua-dua buah negara telah bersetuju unutk mengadakan rundingan bersemuka di Washington, D.C pada awal bulan hadapan dan persediaan akan dilakukan bermula pertengahan bulan ini.

Bursa saham Wall Street di buka tinggi pada hari ini dengan data ekonomi yang bercampur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat