Ini Memberi Gambaran Ekonomi China Semakin Pulih

429

Kira-kira 8.7 juta graduan China bakal menarik nafas lega selepas beribu-ribu syarikat milik negara itu, kerajaan tempatan dan institusi awam memperluas usaha pengambilan pekerja baharu.

Menurut laporan Reuters, meskipun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat semula pada suku kedua tahun ini, namun kadar pengangguran untuk graduan berusia 20-24 tahun adalah tiga kali ganda lebih tinggi iaitu 19.3 peratus pada bulan lalu berbanding 17.1 pada Mei.

Syarikat pencarian kerja atas talian, BOSS Zhipin Research mendedahkan, peluang pekerjaan di negara itu menurun sebanyak 22 peratus berbanding tahun lalu.

Salah sebuah syarikat minyak gergasi, Sinopec Corp dilaporkan membuka tambahan 3,500 jawatan kepada graduan baharu.

Sementara itu, di wilayah Henan contohnya, syarikat milik kerajaan tempatan diarahkan untuk membuka sekurang-kurangnya separuh daripada jawatan baharu untuk diisi oleh graduan sahaja.

Dalam pada itu, kerajaan juga membuka tambahan 5,000 tempat kerja berbanding tahun lalu di kawasan kurang membangun untuk golongan graduan. Langkah itu dilakukan bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu mengurangkan isu kemiskinan di kawasan-kawasan terbabit.

Terdahulu, Presiden China, Xi Jinping menyatakan kestabilan pekerjaan bagi golongan muda di negara itu menjadi satu kebimbangan buat dirinya kerana graduan yang bergelut untuk mendapatkan pekerjaan akan ‘memberi tenaga negatif’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat