Ini Pandangan Terkini Donald Trump Mengenai The Fed!

902

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh menunjukkan pertambahan bilangan pekerjaan yang dicipta dalam ekonomi Amerika Syarikat adalah kurang daripada yang dijangkakan oleh pakar ekonomi. Data ini telah menghadirkan tanda-tanda yang bercampur dalam kalangan pemain pasaran mengenai tindakan the Fed.

Bilangan pekerjaan pada bulan Jun dan Julai telah dinilai semula dan menunjukkan pengurangan melebihi 20,000 bilangan pekerjaan sehingga membuatkan pasaran buruh semakin lemah.

Menurut pengerusi strategi Silvercrest Asset Management, Patrick Chovanec, secara purata bilangan pekerjaan mencatat peningkatan sebanyak 158,000 sebulan dalam tempoh 8 bulan pada tahun ini. Bacaan ini jatuh daripada bacaan yang dikecapi pada tahun 2018 iaitu sebanyak 223,000 bilangan pekerjaan sebulan.

Data yang lemah ini sedikit sebanyak telah menyokong kepada pengurangan kadar faedah.

Dalam masa yang sama Presiden AS Donald Trump memuat naik kenyataan di Twitter dengan menggesa pemotongan kadar faedah dan mengkritik pengerusi the Fed Jerome Powell. Kenyataan ini dikeluarkan susulan laporan ADP  dikeluarkan.

Walaubagaimanapun pasaran tetap yakin bahawa pendirian Trump tidak akan berubah dan masih menyokong pemotongan kadar faedah.

Selain itu, penasihat ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow juga menyatakan sokongan penurunan kadar faedah pada musim luruh. Kata beliau, pasaran memberi indikasi bahawa the Fed akan mengurangkan kadar faedah pada bulan September dan Oktober. Beliau mengatakan ini sesuatu petanda yang baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat