“Biar betul, takkan sebab ni je pasaran kripto akan naik.”
Bursa gergasi mata wang kripto Binance bukan sahaja mengumumkan perdagangan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) zero-fee* malah pasangan spot dan margin stablecoin FDUSD dilaporkan turut ditambah dalam platformnya.
*Tawaran yuran dagangan zero bagi transaksi Taker dan Maker untuk semua pengguna
Selain dapat berdagang ETH/FDUSD melalui yuran maker zero, para pengguna akan menikmati yuran maker dan taker zero untuk spot termasuk margin di bawah Program Dagangan BTC Zero Fee pada 4 Ogos 2023.
Jumlah dagangan pada pasangan dagangan spot dan margin BTC/FDUSD telah dikecualikan daripada program Penyedia Kecairan serta pengiraan volum peringkat VIP, oleh itu pengguna dapat mempunyai pengalaman perdagangan lebih baik.
Secara konteks, Binance yang menamatkan program dagangan BTC zero-fee dan promosi yuran zero-maker BUSD pada Mac 2023 telah beralih daripada BUSD kepada TrueUSD (TUSD) yang memiliki modal pasaran rendah.
Bursa kripto tersebut kemudian mengalih keluar Tether (USDT) daripada program dagangan zero-fee seterusnya menyebabkan saham Binance jatuh lebih 50% manakala volum dagangannya turut tidak ketinggalan untuk susut secara ketara.
Berbalik pada FDUSD, stablecoin itu telah disokong oleh syarikat First Digital berpangkalan di Hong Kong tetapi modal pasarannya yang berada pada $257 juta adalah masih rendah berbanding stablecoin lain seperti USDT, TUSD, BUSD dan USTC.
Walaupun perkara tersebut tidak akan memberi banyak kesan terhadap pasaran kripto pada masa ini, menghasilkan FDUSD baharu dapat menyebabkan modal pasaran aset digital menyaksikan lonjakan secara ketara.
Suka dimaklumkan bahawa Binance kekal sebagai bursa kripto teratas untuk perdagangan BTC, di mana BTC/TUSD dan BTC/USDT pada Binance ialah pasangan paling banyak didagangkan.