Ini Pergerakan Harga Minyak Mentah Pada Awal Minggu

292

Dagangan komoditi hitam dibuka sedikit susut pada permulaan awal minggu menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Menteri Bersama OPEC + (JMMC) pada hari ini, selain turut diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi dari China yang kurang memberangsangkan.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan susut pada $40.98 setong, manakala minyak mentah Brent pula pada $42.76 setong.

Mesyuarat JMMC hari ini, dijangka bakal menyaksikan perbincangan mengenai masalah pematuhan pemotongan pengeluaran oleh beberapa negara pengeluar dan kebimbangan terhadap gelombang baru wabak Covid-19 di seluruh negara yang menjejaskan usaha pemulihan.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai komitmen OPEC+ mengenai tuntutan agar langkah pemotongan pengeluaran ditangguhkan akan dilakukan dalam mesyuarat yang melibat keseluruhan anggota OPEC pada 30 November.

Terdahulu dilaporkan bahawa OPEC+ merancang untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran pada bulan Januari, dari 7.7 juta tong sehari menjadi 5.8 juta tong sehari.

Sementara itu, ekonomi China terus menunjukkan pemulihan pada suku ketiga dengan pertumbuhan 4.9%. Bagaimanapun, bacaan ini sedikit mengecewakan jangkaan pasaran yang mengunjurkan pertumbuhan 5.2%.

Namun begitu, secara keseluruhannya ekonomi China masih menunjukkan pertumbuhan yang stabil, disokong oleh bacaan positif daripada data-data ekonomi lain yang memberangsangkan terutamanya dalam sektor perkilangan, eksport, perbelanjaan pengguna.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat